top of page

US30 dan US100 Tiada Monday Blues: Pelancaran Produk Apple Baharu Buat US30 dan US100 Fly Sepanjang Hari!

Sep 10, 2024

1 min read

5

16

0

CEO Apple, Tim Cook, berucap semasa acara "It's Glowtime" Apple di Cupertino, California, pada 9 September 2024.


Apple (Apple Inc) atau nama singkatannya di dalam bursa AAPL hari ini melonjak ke 220.91 mata setelah pelancaran produk baharunya, iaitu iPhone 16 series, AirPods serba baharu, dan beberapa lagi produk Apple. Seperti kebiasaan tahun sebelumnya, bulan September dipilih sebagai bulan pelancaran produk baharu dari Apple.


US30 dan US100 Fly: Sejak dari pembukaan pasaran pada pukul 6 pagi tadi waktu Malaysia, US30 dan US100 tidak henti-henti mendaki. US100 ditutup tinggi pada 18,703.6 manakala US30 ditutup pada 40,870.95. Masing-masing mencatatkan kenaikan sebanyak 2.04% bagi US100 dan 1.57% bagi US30.


iPhone 16 Apple, diperkenalkan pada 9 September.


Pandangan Editor: Seperti tahun sebelumnya, Apple bukan lagi stok kegemaran yang dipilih oleh para pedagang. Kebanyakan pemain besar telah mula berpindah arah kepada perniagaan berasaskan A.I. Hal ini dikukuhkan lagi dengan 'win streak' oleh syarikat Nvidia dalam laporan 'earnings' baru-baru ini. Bukti tambahan dapat disaksikan apabila para pedagang berubah arah kepada perniagaan berbentuk A.I. ialah Nvidia, yang secara keseluruhan menjadi tempat kedua dari segi berat dalam US100. Apa-apa yang terjadi kepada Nvidia akan terus mempengaruhi US100.


Sebagai seorang pedagang US30 dan US100, kepekaan terhadap aktiviti ekonomi dalaman syarikat komponen indeks sangat membantu dalam memberi idea untuk memulakan perdagangan. Secara tidak langsung, kita tidak melaksanakan perdagangan secara membuta tuli (100% analisis teknikal) tanpa mengetahui sebab sebenar mengapa graf itu naik atau menurun.


Sumber:

https://edition.cnn.com/

https://www.cnbc.com/

https://www.apple.com/


Sep 10, 2024

1 min read

5

16

0

Comments

Share Your ThoughtsBe the first to write a comment.
bottom of page