Pra-Pilihan Raya US: Menjelang Hari Pengundian antara Kamala Harris dan Donald Trump di US
Oct 25, 2024
2 min read
1
11
0
Menjelang pilihan raya AS, Kamala Harris dan Donald Trump bersaing untuk merebut jawatan Presiden, membawa pendekatan dasar yang berbeza untuk masa depan AS.
Apa yang Perlu Kita Ketahui sebagai Trader?
Sebagai seorang trader tak kesah apa instrument sekali pun yang anda dagangkan. anda wajib mengambil berat dengan keputusan pilihan raya US ini nanti. Kenapa?
Calon yang menang akan menentukan focus dan keutamaan dalam dasar polisi US.
Kemungkinan chairman FOMC ditukar.
Kecenderungan syarikat di US dalam menyokong bakal presiden supaya polisi dibentuk kelak mengikut acuan mereka.
Dasar luar negara US yang bakal ditentukan oleh presiden baharu akan menentukan GDP US berkembang atau menguncup.
Kamala vs Trump
Donald Trump, calon presiden pilihan raya US, menjanjikan kesinambungan dasar ekonomi dan pendekatan polisi yang mengutamakan kepentingan dalam negara.
Donald Trump
Track record telah menunjukkan Donald Trump lebih neutral dalam apa jua jenis polisi. Jika beliau menang ini adalah kali kedua beliau menduduki tahkta president di US. Track record Trump dalam polisi dalam dan luar negara amat baik sekali untuk ekonomi US. Sedangkan Jerome Powell itu sendiri lantikan dari zaman pemerintahan Trump.
Kamala Harris, calon presiden pilihan raya US, membawa visi baru dengan pendekatan dasar yang lebih progresif untuk masa depan negara.
Kamala Harris
Secara dasarnya, tiada track record tentang beliau, akan tetapi penganalisis mengatakan beliau lebih "aggressive" dari Joe Biden. apa yang boleh kami katakan, stock market agak kurang dengan pentadbiran Joe Biden. Akan tetapi, ketika zaman pemerintahan Joe Biden, S&P500, US30, US100 dan lain-lain, stock market semuanya membuat all time high. Bagi kami, itu adalah satu track record yang cemerlang juga.
Kesimpulan
Sesiapa pun yang menduduki white house kelak, penganalisis seperti kami mengatakan kuat kepada Kamala Harris yang menang. Hal ini kerana beberapa pusat kajian peratusan undi di US mengatakan sehingga setakat ini sebanyak 58% Kamala akan menang. Akan tetapi, stock market lebih cenderung mahukan pentadbiran Trump semula. Lagi dikuatkan kemungkinan besar Trump dibiaya oleh "big companies" dari us seperti Tesla yang terang-terangan membiayai kewangan Donald Trump dalam kempen pada kali ini. Sumber: https://www.nytimes.com/ https://www.nbcnews.com/ https://www.reuters.com/