Pemotongan Kadar Faedah oleh FOMC Besar-Besaran: Apa Di Sebalik Semua Ini?
Sep 20, 2024
1 min read
3
19
0
Jerome Powell baru mengumumkan pemotongan kadar faedah untuk AS dari 5.5% kepada 5.0%, di mana penurunan ini adalah sebanyak 25 mata basis (0.25% + 0.25%).
Selepas pengumuman tersebut, pasaran menjadi tidak menentu, sehingga melanggar hukum fundamental. Di pasaran saham, kita dapat melihat harga meroket dahulu sebelum menurun sehingga 300 pip. Pada asasnya, pemotongan kadar faedah sepatutnya memberikan impak positif kepada pasaran saham. Namun, US30 dan US100 hanya meninggalkan 'shadow' yang panjang pada candlestick.
Mesyuarat FOMC baru-baru ini membawa pergerakan ketara dalam indeks US100. Pada awalnya, kita melihat lonjakan harga selepas pengumuman pemotongan kadar faedah, tetapi ini diikuti dengan penurunan mendadak, meninggalkan 'shadow' panjang pada candlestick.
Apa yang Terjadi?
Jika kita amati ucapan Jerome Powell dan sesi soal jawab dengan wartawan, terdapat beberapa faktor yang dapat kita rungkaikan:
Pemotongan kemungkinan 0.5% akan dilakukan lagi sekali pada mesyuarat FOMC seterusnya.
Fed Reserve masih mahukan data inflasi (CPI) mencecah angka stabil (2.00%). Sekarang, ia adalah 2.5%, di mana kemungkinan kita akan melihat bacaan CPI menurun lagi selepas ini.
Menguatkan sektor pekerjaan. Umum mengetahui data terakhir NFP amatlah buruk, di mana jumlah pekerjaan yang diwujudkan di AS sangat sedikit. Dengan pemotongan kadar faedah yang drastik, secara teorinya, ini akan merangsang ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan.
Kesimpulan
Adakah kita akan melihat peluang 'buy' di NFP seterusnya untuk US30 dan US100? Adakah kita akan melihat 'buy' ketika data CPI seterusnya?
Setakat ini, data tuntutan pengangguran telah menunjukkan perubahan untuk minggu ini (sehari selepas pengumuman FOMC), tetapi masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan.
Sumber: