Menjelang Data CPI dan PPI: Cebisan Puzzle Terakhir yang Diperlukan Jerome Powell
Sep 11, 2024
1 min read
4
18
0
Data CPI AS akan diumumkan hari ini pada jam 8:30 malam waktu Malaysia. Jika dilihat secara kasar, dari asas bulan ke bulan (month-to-month) hingga asas tahun ke tahun (year-to-year), tiada seorang pun pakar yang meramalkan inflasi akan melonjak semula.
Sumber: https://www.forexfactory.com/
Federal Reserve, Wira Tanpa Nama: Andai kata semua data ini keluar di bawah jangkaan (below forecast), adakah tindakan Federal Reserve tepat pada masanya untuk memotong kadar faedah pada perjumpaan FOMC pertengahan September ini? Bagaimana pula jika data CPI ini membawa cerita di sebalik cerita?
Adakah kita akan melihat pasaran saham seperti US30 dan US100 terus 'meroket' dalam minggu-minggu seterusnya selepas pengumuman FOMC nanti?
Kenyataan Pahit Ditelan: Andai kata data CPI ini lebih rendah daripada jangkaan disebabkan oleh kelembapan ekonomi yang melampau atau mungkin kerana kemelesetan (recession) telah berlaku. Apakah tindakan seterusnya yang akan diambil oleh Powell dan kumpulannya? Sentimen pasaran semakin hari semakin tegang dengan hanya beberapa hari sahaja lagi menjelang FOMC.
Andai kata benar kata-kata kami bahawa kemelesetan telah berlaku di AS, mungkin kita akan melihat sesuatu yang lebih dahsyat daripada kejatuhan bebas (free fall) selepas FOMC ini. Kemungkinan besar, US30, US100, malah S&P 500 akan menjunam jauh ke dasar. Ini hanyalah pandangan kami. Jika ia berlaku, adakah ini peluang terbaik para pedagang untuk menjual sahaja? Kita nantikan data CPI dan PPI!
Sumber: