Jerome Powell Makin Kusut: Menjelang Data CPI dan PPI
Sep 10, 2024
2 min read
10
52
2
Gembar-gembur mengenai pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve bukan lagi satu teka-teki. Secara terang-terangan, Jerome Powell telah beberapa kali bertukar nada, dari dovish ke hawkish, dan sebaliknya. Kini, sudah ada tanda-tanda penghujung bagi kekusutan ini.
Potongan Kadar Terlalu Lambat:
Dari sudut pandangan kami, tindakan Federal Reserve untuk memutuskan potongan kadar faedah pertama pada persidangan FOMC bulan September ini agak lewat. Ini kerana sudah ada sentimen ‘panic selling’ yang berlegar di kalangan para pelabur. Mereka percaya tindakan Jerome Powell yang tidak mengumumkan potongan kadar lebih awal akan menyebabkan ekonomi AS berada dalam kemelesetan (recession).
CPI dan PPI Tidak Berguna Lagi:
Sebelum ini, orang tua selalu berkata bahawa Federal Reserve mempunyai ‘dual mandate’ (dua mandat) untuk menilai tindakan seterusnya yang bakal diambil. Dual mandate ini merujuk kepada inflasi (data CPI, PPI, PMI dan sebagainya) dan pasaran buruh (data NFP, tuntutan pengangguran, dan sebagainya). Namun kali ini, dengan sentimen pasaran yang sudah mengetahui apa yang bakal terjadi, bagaimana pergerakan pasaran pada hari Rabu dan Khamis ini? Sebelumnya, kita dapat melihat seperti US30 dan US100 ‘meroket’ apabila data CPI dan PPI turun kerana sentimen para peniaga percaya akan ada penurunan kadar faedah pada FOMC yang akan datang. Tetapi kali ini, ‘environment’ nya agak berbeza. Kita sudah tahu apa tindakan FOMC. Adakah pasaran hanya akan bergerak mendatar sepanjang minggu? Atau sebaliknya?
FOMC bertemu sebanyak lapan kali setahun untuk membincangkan perubahan dasar monetari, menilai keadaan ekonomi dan kewangan, serta menilai kestabilan harga dan output pekerjaan. Mesyuarat ini diadakan setiap enam minggu.
Kesimpulannya:
Bagi kami, walaupun pemotongan kadar faedah tetap akan berlaku, keputusan Federal Reserve yang masih berteka-teki tentang berapa kali potongan kadar akan berlaku sehingga hujung tahun, serta kadar asas yang akan dipotong pada FOMC yang akan datang, akan menentukan sama ada pasaran bertindak mengikut ‘fundamental’ atau ‘sentiment’. Dalam erti kata lain, Jerome Powell perlu bertindak bijak untuk mengelakkan pemotongan kadar faedah yang akan datang daripada memburukkan lagi keadaan pasaran di US30 dan US100.
Sumber:
https://www.federalreserve.gov/
Follow the flow
Buy gold…