top of page

DATA NFP: Lebih Haruk Dari Yang Disangka! Ramai Trader Terciduk!

Sep 9, 2024

2 min read

7

54

3


Jumaat lalu, 6 September 2024, data NFP bulanan Amerika Syarikat telah dikeluarkan. Dalam keadaan pasaran US30 dan US100 yang sedang "stress" disebabkan oleh pengumuman keuntungan dan kerugian (P&L) suku keempat komponen syarikat dalam US30 dan US100 seperti Nvidia, Broadcom, dan Intel, pasaran semakin menjunam dengan keluarnya data terkini NFP.


RECAP: Data untuk Jumaat lalu, secara permukaan, nampak agak baik. Dengan pengumuman kadar pengangguran (unemployment rate) sebanyak 4.2%, yang selari dengan jangkaan para penganalisis pasaran, dan untuk Non-Farm Payroll, data menunjukkan angka 142,000 berbanding jangkaan 165,000. Namun, seperti data NFP sebelum ini, BLS (Bureau of Labor Statistics) mungkin akan merombak semula data sedia ada kepada angka yang lebih rendah.


Nonfarm payroll mengukur bilangan pekerja di AS kecuali mereka yang bekerja dalam sektor pertanian, isi rumah persendirian, badan amal, dan perniagaan tunggal atau pekerjaan sendiri, serta mereka yang merupakan anggota tentera aktif.


Postmortem NFP: Yang benar-benar memburukkan keadaan adalah, seperti yang dikeluarkan oleh BLS, data pekerjaan menunjukkan bahawa pekerjaan part-time LEBIH TINGGI berbanding pekerjaan full-time. Sektor part-time mengalami penambahan sebanyak 527 ribu pekerjaan, manakala peluang pekerjaan full-time berkurangan sebanyak 438 ribu pekerjaan dibandingkan sebelumnya.


Lebih memburukkan keadaan, data menunjukkan pengurangan peluang pekerjaan untuk ‘native-born Americans’ atau rakyat Amerika Syarikat yang asal, berbanding dengan expatriate atau pekerja asing. Pada bulan Ogos sahaja, penduduk asal Amerika kehilangan 1.325 juta pekerjaan, sementara pekerja asing mengalami penambahan sebanyak 635 ribu pekerjaan.


Secara keseluruhannya, walaupun data kelihatan agak baik, pasaran kerja di Amerika Syarikat semakin teruk. Adakah tindakan Federal Reserve sudah terlalu lewat untuk pemotongan kadar faedah? Pasaran US30 dan US100 juga turut menjunam beberapa jam selepas data dikeluarkan, dengan US100 turun dari paras 18,931 kepada 18,390. US30 pula menjunam dari 40,903 sebelum ditutup pada paras 40,305.


Sumber:

http://forexfactory.com

http://bls.gov

http://cmegroup.com


Sep 9, 2024

2 min read

7

54

3

Comments (3)

Guest
Sep 09, 2024

ak ni suke cari kesalahan org..ak copy paste semula articel ni then try cari kowt dorg copy pes je bende ni..mmg takde.. benda ni memang KSK rumuskan sendiri dr sumber dorg baca…kudos to KSK..makin rancak dunia forex malaysia..lps intraday..muncul lak ksk..moga berjaya dunia ahirat

Like

Guest
Sep 09, 2024

Terbaik lah ada info mcm ni dalam bahasa melayu.. selalu bi je

Like
ksktradersacademy
ksktradersacademy
Admin
Sep 09, 2024
Replying to

Kami akan post artikel dalam Bahasa Melayu lagi akan datang.

Like
bottom of page